KAMI WARGA

KAMI WARGA

UPSR 2018

PROFIL SKSU

MOTO SEKOLAH

BERUSAHA BERSEMANGAT WAJA

VISI

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG


MISI

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI




View Larger Map



ALAMAT SEKOLAH:
SEKOLAH KEBANGSAAN SENTUL UTAMA,
JALAN IPOH 51200 W.P KUALA LUMPUR

KOD SEKOLAH:
WBA0094

HUBUNGI:
TEL      : 03 40432599
FAKS  : 03 40432601
EMAIL: sksentulutama@yahoo.com


  LATAR BELAKANG SKSU

Sekolah Kebangsaan Sentul Utama mula ditubuhkan pada 1 Januari 2006 dengan menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Sri Dhandayuthapani yang terletak di Batu 2 ½, Jalan Ipoh, lebih kurang 6 kilometer dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Sekolah ini dibina dalam bentuk berupa segi empat dengan ke semua penjuru empat bloknya bercantum di hujung. Disamping itu, terdapat satu blok yang berasingan dengan blok utama iaitu blok Kelas Prasekolak. Pada awal permulaan operasi Sekolah Kebangsaan Sentul Utama seramai 26 orang murid ‘pioneer’ yang berdaftar untuk belajar di sekolah iaitu melibatkan kelas Tahun 1 sehingga Tahun 5. Kelas peperiksaan UPSR untuk Tahun 6 tidak didaftrakan pada tahun 2006. Begitu juga tiada pengambilan kelas prasekolah dan juga Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) walaupun terdapatnya penempatan guru yang mempunyai option prasekolah dan Program Pendidikan khas Integrasi (PPKI), Seramai 14 orang guru termasuk guru besar pertamanya iaitu Cik Hajjah Jamaliah binti Jamil menjadi tenaga pengajar awal di Sekolah Kebangsaan Sentul Utama, Kuala Lumpur.

Pada 27 Mac 2007, Sekolah Kebangsaan Sentul Utama mula beroperasi di premis sendiri dengan pendaftaran pelajar yang telah meningkat menjadi 150 orang murid kemudiannya meningkat sehingga menjadi 180 orang murid pada tahun 2008. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi enrolmen yang rendah walaupun lokasi sekolah terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Lokasi Sekolah Kebangsaan Sentul Utama terletak di Jalan Ipoh, iaitu jalan utama yang sibuk terutamanya semasa kemuncak. Lokasi bangunannya agak jauh dari kawasan perumahan. Tambahan pula terdapat beberapa buah sekolah rendah yang berhampiran sekitar dalam lingkungan 1 kilometer seperti Sekolah Kebangsaan Sri Dandayuthapani, Sekolah Kebangsaan La Salle (1) dan (2), Sekolah Kebangsaan (Lelaki) Methodist, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Thamboosamy dan Sekolah Jenis Kebangsaan(Cina) Sentul.

Pada 1 Julai 2009, Puan.Tuan Kamariah binti Nik Sin telah dilantik menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Sentul Utama hingga sekarang. Enrolmen murid kini telah meningkat kepada 341 orang murid dengan bilangan guru seramai 35 orang. Terdapat 6 buah kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang menempatkan seramai 45 orang murid terdiri daripada pelbagai kategori murid kurang upaya pembelajaran.
Secara keseluruhannya, kebanyakan guru-guru yang ditempatkan di sekolah ini mempunyai kepelbagaian pengalaman dan berpendidikan tinggi dari peringkat diploma hingga ijazah pertama. Pada keseluruhannya, kebanyakan murid-murid Sekolah Kebangsaan Sentul Utama berlatarbelakangkan dari golongan keluarga yang berpendapatan sederhana.