KAMI WARGA

KAMI WARGA

UPSR 2017

Monday, 23 April 2012

KEM KEPIMPINAN SKSU 2012

Pada 20-22 April 2012, bertempat di Pusat Kokurikulum Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur telah diadakan Kem Kepimpinan SKSU 2012 melibatkan Pengawas Sekolah, Pustakawan Sekolah, Pengawas SPBT, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Seramai 66 orang wira wirawati sekolah telah menyertai kem tersebut dan ia telah berlangsung dengan jayanya.


Saturday, 21 April 2012

PROGRAM PENGGALAKKAN SAINS DAN TEKNOLOGI 2012

Pada 21 April 2012, telah berlangusng Program Penggalakkan Sains dan Teknologi 2012 Peringkat Wilayah Persekutuan K. Lumpur. Di dalam program tersebut telah berlangsung tiga pertandingan iaitu Pertadingan Bercerita Sains Tahap 1, Pertandingan Reka Cipta EUREKA Tahap 2 dan Pertadingan Saintis Muda Tahap 2.

Walaupun SKSU tidak memenangi mana-mana pertandingan, namun ia telah menjadi pengalaman yang berharga untuk digunakan di masa hadapan.




Saturday, 14 April 2012

PROGRAM ALAM SEKITAR BERSAMA OPUS

Pada 14 Februari 2012, telah berlangsung Program Menanam Pokok Bersama OPUS Berhad di SKSU. Program 1 hari tersebut telah melibatkan semua pentadbir, guru-guru SKSU, wakil-wakil dari OPUS Berhad dan ibu-bapa yang sudi hadir sama.


Friday, 13 April 2012

MINGGU PPDa PERINGKAT SKSU

Pada 9 April 2012, telah berlangsung Majlis Perasmian Minggu Persatuan Pencengahan Dadah (PPDa) Peringkat SKSU 2012. Majlis telah dirasmikan oleh GPK Tadbir dan Kurikulum, Pn Norziha Othman.

Tema Minggu PPDa SKSU ialah "1 Malaysia Membenteras Dadah".


Sunday, 8 April 2012

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-6 SKSU

Pada 24 April 2012 telah berlangsungnya Mesyuarat PIBG kali ke-6 bertempat di Dewan Terbuka SKSU. Majlis bermula kira-kira jam 8.30 pagi. Lebih 50 orang ibu bapa hadir ke mesyuarat tersebut dan telah berlangsung dengan jayanya.

Majlis perbubaran dan perlantikan jawatankuasa baru PIBG juga telah berlangsung dengan jayanya.