KAMI WARGA

KAMI WARGA

UPSR 2018

LAMAN IBU BAPA

PENGUMUMAN 


TAKWIM PERSEKOLAH UNTUK RUJUKAN IBU BAPA


INFO DUNIA PENDIDIKAN TERKINI

1) FROG VLE 

Ialah pembelajaran secara maya (online) di mana anak-anak tuan/puan akan dibekalkan dengan YES ID berupa username dan password untuk mengakses FROG VLE. Malah, ibu bapa juga mempunyai YES ID ini. Tuan/puan boleh dapatkannya dengan berhubung dengan Guru ICT Sekolah atau mengikuti cara di bawah. 

CARA MENDAPATKAN YES ID ANDA UNTUK MENGAKSES FROG VLE IALAH DENGAN MELAYARI http://yes.my DAN KLIK PERKATAAN "Find Your 1Bestarinet Yes ID" SEPERTI BULATAN MERAH DALAM GAMBAR DI  BAWAH


Dengan YES ID ini anda akan dapat mengakses FROG VLE dan mendapatkan info terkini tentang sekolah melalui Parent Noticeboard. Anda juga dapat melihat perkembangan anak-anak anda dalam menggunakan FROG VLE ini. 

Penggunaan FROG VLE di sekolah akan menjadikan pembelajaran lebih menarik di mana guru-guru dapat berkomunikasi, mengajar dan memberi tugasan kepada murid-murid secara online. Malah guru juga dapat menyemak dan memberi penilaian kepada tugasan online yang diberikan. 


2) MATA PELAJARAN BAHARU : DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI (DST)

Mulai tahun 2011 tiada lagi subjek Sains tetapi ditambahbaik dengan subjek yang diberi nama Dunia Sains dan Teknologi (DST) di bawah kurikulum standard sekolah rendah (KSSR). Kelainannya ialah subjek Sains digabungkan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) iaitu pembelajaran asas komputer dan Teknologi iaitu pembelajaran asas rekabentuk - membina model-model bahan seperti kren dll. 

Masa mengajar hanya 2 waktu iaitu 60 minit seminggu. Cara pengajaran bergantung kepada guru samada mahu mengajar Sains, TMK atau Teknologi terlebih dahulu. Subjek ini akan dipecahkan kepada Sains, TMK (subjek tambahan) dan Rekabentuk Teknolgi (RBT) menggantikan Kemahiran Hidup pada tahun 4 bermula tahun 2014 

3) MATA PELAJARAN BAHARU: TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI (TMK)

Mata pelajaran baharu bermula tahun 2014 di mana murid-murid akan diajar asas literasi komputer merangkumi perkakasan dan perisian. Murid-murid diajar tentang asas perkakasan komputer dan asas membina lembaran perkataan (MS Word) dan sebagainya. Ini bagi meningkatkan kemahiran dalam TMK sesuai dengan keperluan zaman kini. 

Masa mengajar ialah 2 waktu seminggu iaitu 60 minit.

4) MATA PELAJARAN BAHARU: REKA BENTUK TEKNOLOGI 

Bermula 2014 juga Kemahiran Hidup untuk tahun 4 sahaja telah dimansuhkan dan digantikan dengan subjek Reka Bentuk Teknologi (RBT). Masih ada elemen-elemen KH cuma ditambahbaik dengan pembinaan model, yang lebih terkehadapan dan peringkat lebih tinggi sedikit. Ini bagi memenuhi keperluan masa kini yang sentiasa terkehadapan. 

5) MATA PELAJARAN BAHARU: SEJARAH

Mata pelajaran Kajian Tempatan bagi tahun 4 2014 juga telah ditukarkan kepada Sejarah. Seiring dengan kehendak kerajaan yang mahukan warga Malaysia celik Sejarah sejak di peringkat sekolah rendah lagi. Kandungan subjek ini lebih mendalam dalam bidang Sejarah berbanding KT sebelum ini. 

6) TIADA EVIDEN YANG PERLU DIMASUKKAN KE DALAM FAIL SEPERTI TAHUN 1, 2 dan 3

Bermula tahun 2014 juga, bagi murid-murid Tahun 4 tidak seperti tahun 1, 2 dan 3 di mana Fail Perkembangan Individu tidak lagi digunakan dan tiada eviden (lembaran kerja) perlu dimasukkan ke dalam Fail tersebut. 

Sebaliknya, guru-guru akan menilai sendiri dan membuat pentaksiran mengikut kemahiran yang telah diajar, Bermaksud selesai satu kemahiran guru akan membuat pentaksiran/penilaian dengan memberi Tahap Penguasaan (TP) 1 hingga 6 ke atas kemahiran tersebut. Proses ini berterusan sehingga selesai semua kemahiran. Kemudian TP keseluruhan akan dapat dipaparkan bagi setiap murid. 

Eviden murid adalah hasil kerja murid samada nota, latihan atau amali. 




YES ID DAN PASSWORD IBU BAPA UNTUK LOG IN FROG VLE

0 comments:

Post a Comment